Dekoder MYTV

Dekoder MYTV (Jenis DVB-T2) membolehkan TV anda untuk menerima siaran digital dan menikmati perkhidmatan siaran myFreeview. Selain itu, anda juga akan memerlukan UHF aerial (luaran atau dalam) dan kabel HDMI atau AV.

Sebagai alternatif, anda boleh membeli IDTV (Integrated Digital Television) yang telah sedia dibina bersama penala digital membolehkan anda untuk menerima siaran digital secara langsung tanpa dekoder.

IDTV

(Integrated Digital Television)

Selain daripada menggunakan dekoder MYTV, anda juga boleh mendapatkan IDTV untuk menikmati servis myFreeview.

IDTV (Integrated Digital Television) adalah set TV yang telah dibina dan dilengkapi dengan ciri-ciri untuk menerima siaran digital tanpa anda perlu untuk membeli dekoder secara berasingan.

Anda boleh mengenalpasti IDTV berdasarkan label DTTV yang terdapat pada semua IDTV yang asli dan juga boleh didapati di pengedar yang sah di pasaran.

Cara untuk mendapatkan
siaran digital myFreeview

Set TV Biasa

Set TV biasa sudah mencukupi asalkan ia mempunyai sambungan masuk AV/HDMI yang boleh disambungkan kepada dekoder MYTV menggunakan kabel AV/HDMI.

IDTV

Set TV baharu yang mempunyai label/cop DTTV dengan pengesahan SIRIM yang telah dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner) atau dikenali sebagai IDTV (Integrated Digital Television) dan boleh menerima terus siaran digital myFreeview tanpa dekoder MYTV. Set IDTV telah mula dijual di pasaran.

Dekoder MYTV

Ia juga dikenali sebagai alat penerima DVB-T2 yang perlu digunakan untuk menerima siaran digital myFreeview. Dekoder MYTV boleh didapati di kedai elektronik di seluruh negara mulai November 2016.

Ketahui lebih lanjut

Aerial UHF

Aerial UHF perlu dipasang dan disambung kepada terminal aerial dekoder/IDTV. Ada dua jenis aerial yang boleh digunakan iaitu:

a. Aerial Dalaman

Aerial ini boleh menerima isyarat bagi kawasan dalam lingkungan jarak lurus kurang daripada 25km daripada stesen pemancar. Bagaimanapun, tidak semua kawasan dalam lingkungan tersebut boleh menggunakan aerial dalaman disebabkan faktor halangan fizikal seperti bangunan, bukit serta ketinggian (altitud).

b. Aerial Luaran

• Aerial luaran adalah pilihan terbaik dan boleh menerima isyarat pemancaran dengan baik apabila aerial dihalakan ke arah stesen pemancar.
• Alat 'booster' tidak perlu dipasangkan kepada aerial kerana kebanyakan 'booster' tidak membantu dan sebaliknya mengganggu penerimaan isyarat.

Pelbagai saluran menanti anda

dan banyak lagi akan datang

myFreeview Sosial

Loading...

FAQ / Soalan-Soalan Lazim

Adakah saya perlukan set TV baharu untuk menerima siaran digital myFreeview?

• Set TV lama sudah mencukupi asalkan ia mempunyai sambungan masuk AV/HDMI yang boleh disambungkan kepada dekoder MYTV menggunakan kabel AV/HDMI.

• Walaubagaimanapun, pengguna ada pilihan untuk membeli set TV baharu yang mempunyai label/cop DTTV dengan pengesahan SIRIM yang telah dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner) atau dikenali sebagai IDTV (Integrated Digital Television) dan boleh menerima terus siaran digital myFreeview tanpa dekoder MYTV.

Apakah kelebihan siaran digital myFreeview?

• Imej lebih tajam dan jelas dengan resolusi lebih tinggi.

• Bunyi yang berkualiti tinggi.

• Percuma - tanpa bayaran bulanan.

• Perkhidmatan TV interaktif seperti membeli-belah dari rumah dan video atas permintaan boleh didapati melalui sambungan internet pada masa akan datang.

• Penambahan perkhidmatan dan saluran TV pada masa akan datang.

• Kelebihan merakam program pada masa akan datang (hanya dengan dekoder MYTV yang dijual di pasaran).

Adakah saya boleh menerima siaran digital myFreeview sekiranya saya tinggal di kondo/pangsapuri?

Perkhidmatan myFreeview boleh diterima apabila aerial dalaman/aerial luaran UHF disambungkan kepada IDTV ataupun TV sedia ada yang disambungkan dengan dekoder MYTV. Pihak pengurusan kondo/pangsapuri juga boleh memasang Sistem TV Antena Utama (MATV - Master Antenna TV System) untuk menerima siaran digital myFreeview.

Apakah perbezaan menonton melalui Astro dan HyppTV?

Anda boleh menikmati saluran TV dan radio popular di Malaysia secara percuma tanpa sebarang yuran langganan untuk perkhidmatan myFreeview. Ia juga merupakan satu pilihan terbaik sekiranya anda tidak mahu terikat dengan pakej langganan. Walaubagaimanapun program yang sedia ada tidak sebanyak berbanding perkhidmatan TV berbayar seperti Astro dan HyppTV. myFreeview akan menambah lebih banyak program pada masa hadapan.

Bolehkah saya menggunakan dekoder MYTV dan dekoder ASTRO pada TV yang sama?

Boleh, asalkan TV anda mempunyai terminal masuk AV/HDMI yang mencukupi untuk kedua-dua dekoder.

Berapakah kos bagi perkhidmatan siaran digital myFreeview?

Siaran digital myFreeview adalah PERCUMA dan tanpa sebarang kos tersembunyi yang lain. Anda hanya perlu membayar sekali sahaja untuk membeli IDTV baru atau dekoder MYTV dan membayar yuran pemasangan sekiranya anda perlukan bantuan pemasangan aerial luaran atau perkhidmatan penyelenggaraan.